01 December 2010

Selamat Datang ke Laman Teknologi Bijakbistari


Mungkin anda termasuk dalam golongan yang hanya memiliki keputusan PMR atau SPM yang kurang baik. Anda ingin sambung belajar, tetapi tidak berpeluang. Anda cuma ada pengalaman bekerja, tetapi sedikit sahaja. Jika anda ingin belajar, tidak kira berapa usia anda, jangan putus asa. Peluang pasti ada. Pelbagai kursus ditawarkan dan anda boleh memilih mengikut bidang yang anda minat dan ingin menambah ilmu pengetahuan dalam bidang yang anda ceburi. Jadi mungkin di Teknologi Bijakbistari Sdn Bhd tempat yang terbaik untuk anda.
 
Teknologi Bijakbistari Sdn Bhd merupakan anak syarikat bumiputera yang mula beroperasi pada 16 Julai 2009.

Teknologi Bijaksana
Lokasinya yang berada di Hulu Langat yang dikelilingi oleh masjid, padang permainan, klinik dan Balai Polis memudahkan lagi pihak syarikat mengawal aktiviti dan perkembangan pelajar.
Syarikat ini juga menawarkan pelbagai jenis kursus jangka pendek untuk memberi peluang latihan kepada anak-anak tempatan mempelajari bidang kemahiran dalam pelbagai pakej pembelajaran termasuk Kursus AutoCAD, Kursus Grafik, Kursus Membina Laman Web, Kursus Menaip, Kursus Networking dan Linux, Kursus Pemasangan Komputer, Kursus Membaiki Komputer,  Kursus Internet, Jahitan, Pembuat Pakaian Wanita, Pegawai Latihan Vokasional dan Penyeliaan. 
Teknologi Bijakbistari Sdn Bhd juga menganjurkan Kursus Induksi bersama JPK, Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia (PP-PPD), Pegawai Penilai - Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT), Kursus Induksi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) Persijilan Kemahiran Malaysia sepanjang tahun.